Monday, October 18, 2010

Pulanglah Kak, Pulanglah kepada Pencipta Mu, Kami Redha

Berita pada awal pagi semalan (2 pg) mengatakan kakak iparku nazak di HUKM, Baru bercerita pasal kanser baru mencari pelbagai maklumat berkaitan kanser, apa yang bole  dimakan, apa yang perlu dielakkan. Bergegas suami ke HUKM. Jam 4.50pagi kami dimaklumkan bahawa kakak ipar ku ini telah pulang ke rahmatullah, dijemput PenciptaNya.

Semua terpaku, Pemergiaan beliau begitu tenang sekali wajahnye seperti dalam tidur sahaja walaupun awal nye beliau mengadu sakit perut sahaja. yang hadir bagaikan tidak percaya dengan kenyataan ini. Ya Allah kau permudahkan urusan pemergian kakak ipar ku ini dengan begitu lembut sekali.

Jenazah selamat dimandikan d hospital dan abg iparku membuat keputusan membawa ke kg pandan (rmh mertuaku). Suasana pilu menyelubungi semua ahli keluarga..kami menanti ibunda beliau dari Johor seblm menyelesaikan pengkebumiaan.

Sementara menanti ..rumah di kg pandan tidak putus2 dikunjung rakan2 aruah dari pejabatnye di Felda jalan semarak. selain saudara mara. ramai sungguh. baik lelaki maupun perempuan ramai sekali, sembahyang jenazah juga ramai di rumah mertua ku (kali kedua diadakan dimasjid kg pandan juga ramai) aku begitu terharu sekali belum pernah aku melihat begini ramai rakan2 pejabat yang datang bila ada kes kematian..tidak jugak dari pejabat aku sendiri..(emm sedihnye) Sesungguhnya rezeki beliau amat murah keluhuran budi beliau mungkin telah memberikan jalan dan dipermudahkan segala urusan.

Felda..badan kebajikan mu begitu prihatin byk urusan telah kau permudahkan..yg tentunya meringgankan beban keluarga simati yang  dalam kesedihan Tahlil semalam telah ditaja sepenuhnya oleh Felda utk 200 org tetamu....pelbagai bentuk sumbangan telah kau berikan..Terima kasih Ya Allah rupanya Engkau telah pemudahkan segala urusan berkaitan kakak iparku ini.

Kak Nor, sejak aku mengenali dirimu kak nor memang seorg yang baik, tidak pernah meninggikan suara, tidak pernah membentak, senyum sentiasa terukir dibibirnya. Org yang lemah lembut dari percakapan maupun perbuatan tingakahlaku. Seorang yang begitu taat pada suruhan Allah yang tidak meninggalkan solat, walaupun sakit tudung tidak pernah ditanggalkan Seorg isteri yang sgt taat dan menyayangi suaminya.
Ya Allah kak nor saya tidak akan dapat berjumpa dgn org sebaik kak nor lagi..kami kehilangan.

Kak nor bersemadilah disana, kami redha, doakan sentiasa mengiringi mu. Ya Allah Engkau ampunkan lah segala dosa-dosanya Ya Allah Engkau tempatkan lah kakak ku ini dikalangan org yang soleh Engkau rahmatilah roh nya dikalangan org2 beriman.Ameen Yarabulalamin

AL FATIHAH

Monday, October 11, 2010

UJIAN ALLAH ITU .. RAHMAT ALLAH JUA

Disahkan sebagai pesakit cancer..apalagi canser servik bagaikan terpaku kaku. dunia ini bagai sudah dipenghujung. begitulah reaksi kita bila disahkan penyakit merbahaya ini pembunuh no 2 dikalangan wanita.

Ipar aku disahkan mendapat penyakit ini..kami sekeluarga sedih menerima khabar ini. pelbagai andaian. apa sebabnye, dah lama kah penyakit ini, kenapa selama ini tidak kelihatan sakitnya. kenapa lambat utk kita mengesan penyakit ini..selalukah ianya terjadi hanya dapat dikesan pada stage 4..

Pelbagai cara mengubatinya telah diusahakan..ke sana dan ke sini pantang dengar ada perawat canser kita akan pergi . rawatan di hospital diteruskan, kimoterapi, radioterapi..badan lemah longlai akhirnya. (kimo dan radioterapi hanya mengecilkan sel2 canser bukan membunuhnya..tetapi membunuh sel2 baik dalam badan)
aku sendiri tidak berani berbicara lagi mengenai penyakit ini. dalam pada itu aku berusaha mencari maklumat melayari internet bagi membantu ipar ku ini juga sebagai maklumat berguna pada aku.

kata pakar:
CANCER dapat dihalang pertumbuhan nya dengan kita merancang pola/corak pemakanan kita seharian.
apa yg kita makan menjadi punca utama...
Harga gula sentiasa naik sesungguhnya ianya baik utk kita..rupanya canser merupakan pemakan gula.
Yang paling penting bagi melawan penyakit canser adalah semangat untuk hidup
REDHA atau menerima dugaan dengan lapang hati tidak menyalahkan Tuhan bagi setiap permasalahan atau dugaan menimpa.
Sebenarnya Tuhan menguji kekuatan iman kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan ini umpana bala dan beban..tetapi kepada sesetengah yang lain ujian dan dugaan ini umpama RAHMAT .

 fikir-fikirkan lah..