Monday, October 11, 2010

UJIAN ALLAH ITU .. RAHMAT ALLAH JUA

Disahkan sebagai pesakit cancer..apalagi canser servik bagaikan terpaku kaku. dunia ini bagai sudah dipenghujung. begitulah reaksi kita bila disahkan penyakit merbahaya ini pembunuh no 2 dikalangan wanita.

Ipar aku disahkan mendapat penyakit ini..kami sekeluarga sedih menerima khabar ini. pelbagai andaian. apa sebabnye, dah lama kah penyakit ini, kenapa selama ini tidak kelihatan sakitnya. kenapa lambat utk kita mengesan penyakit ini..selalukah ianya terjadi hanya dapat dikesan pada stage 4..

Pelbagai cara mengubatinya telah diusahakan..ke sana dan ke sini pantang dengar ada perawat canser kita akan pergi . rawatan di hospital diteruskan, kimoterapi, radioterapi..badan lemah longlai akhirnya. (kimo dan radioterapi hanya mengecilkan sel2 canser bukan membunuhnya..tetapi membunuh sel2 baik dalam badan)
aku sendiri tidak berani berbicara lagi mengenai penyakit ini. dalam pada itu aku berusaha mencari maklumat melayari internet bagi membantu ipar ku ini juga sebagai maklumat berguna pada aku.

kata pakar:
CANCER dapat dihalang pertumbuhan nya dengan kita merancang pola/corak pemakanan kita seharian.
apa yg kita makan menjadi punca utama...
Harga gula sentiasa naik sesungguhnya ianya baik utk kita..rupanya canser merupakan pemakan gula.
Yang paling penting bagi melawan penyakit canser adalah semangat untuk hidup
REDHA atau menerima dugaan dengan lapang hati tidak menyalahkan Tuhan bagi setiap permasalahan atau dugaan menimpa.
Sebenarnya Tuhan menguji kekuatan iman kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan ini umpana bala dan beban..tetapi kepada sesetengah yang lain ujian dan dugaan ini umpama RAHMAT .

 fikir-fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment